Tuesday, October 23, 2012

Cara Mencangkuk Umpan Hidup : Cacing , Cengkerik , Ikan Belanak

Informasi yang amat berguna. Jom tgk video nie. tak perlu explanation
yang tak paham bahasa english pun takpa bleh tgk cara dia buat jer..

note : 
boleh aplikasi utk ikan belanak(killer siakap)
untuk cengkerik tuh, sy tukar pakai belalang yg ekor kontot tuh(killer tengas/kelah)


Umpan Killer Untuk Memancing Udang di Pekan



Salah satu umpan yang killer untuk memancing Udang Galah di Pekan adalah jantung ayam. teknik: hiris halus2 panjang(macam cacing). cangkuk pun macam cangkuk cancing. hujung ke hujung masuk dalam matakail

Sebab apa saya kata killer?? Sebab saya first time memancing udang dan lokasinya adalah Jambatan Pekan, Pahang. masa tu pemancing2 udang lain dah beransur blk dan air pun dah surut.
2 jam total dapat dalam 6 ekor yang rabut takyah citerlaa(sejam pertama) sebab saya sentap udang macam sentap ikan siakap..
note : kira oklaa untuk first timer memancing jenggo

Cara Mencangkuk Umpan : Ikan Hidup

detail video cara bagaimana nak dapatkan umpan ikan hidup 
dan cara nak cangkuk ikan pada mata kail



Cara Mencangkuk Umpan : Udang Hidup

Untuk kawasan yang sedikit berarus. 
Biasanya udang ini sedikit terapung dan akan menendang nendang


Untuk casting. matakail dicangkuk dam mata keluar di belakang tanduk udang
Biasanya undang nie tak akan hidup lama tapi dengan cara ini anda boleh baling jauh


Teknik casting. cangkut dari ekor membolehkan anda baling lagi jauh. C
kepala undang yg berat akan memberi lebih impak




sesuai utk teknik bottom. udang agak susah untuk mati.
tapi anda kena pastikan tidak terkena urat hitam didalam badan udang


ps: semua ilmu diatas dicedok dari internet ye! maka bolehla cuba sendiri

VIDEO : 
cangkuk dari kepala : 

cangkuk dari ekor: 



Circle Hook


sesuai bila anda berhajat untuk catch and release (popular)
dulu orang pakai utk tangkap ikan2 besar seperti TUNA
tak menyakitkan mulut ikan dan senang di buka

kegunaan : air masin
size :  dari sekecil2 dan sebesar2
teknik : tak perlu sentap. bila terasa umpan dimakan start reeling dan tegangkan tali 
..automatically dia akan hook ( sebab ikan turn untuk lari)

Aberdeen Hooks


shank yang panjang 
sesuai untuk ikan yg mempunyai mulut yang kecil dan lembut
strukturnya boleh di bengkok dan akan kembali kepada bentuk asal.

kegunaan : kebanyakan di air tawar
terbaik bila dipadankan dengan light tackle

size : dari 10 ke 4/0

Octopus Hook


Mata kail yang ramai pemancing pakai.
shank yang pendek
kegunaan : pelbagai (air masin dan air tawar)
size : dari 10 sampai ke 10/0


Kenali Struktur MataKail Pancing


Shank
 ukurannya dari "eye" ke "bend"

Bend
tempat start matakail bengkok

Barb
as picture sebab sy tak tahu bahasa malaysia panggil apa

Point
mata matakail tuh

Gap/Gape
ukuran dari "point" ke "shank"

Eye
Lubang untuk masukkan line